Jumaat, Jun 26, 2015

Lagu Penyu Menangis (Siapa Tahu) - Surdiman


Lirik Lagu - Penyu Menangis (Siapa Tahu) __Surdiman


Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah airmatanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur
Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)
Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)
Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu…

Lagu: SUDIRMAN 
Lirik: J.M. AZIZ

Penyu


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Ini berbeza dengan kura-kura yang mempunyai kaki yang serupa bagi keempat-empat kakinya.
Penyu digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ularcicakkura-kuralabi-labi dantuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.
Mengikut kajian yang telah dijalankan, didapati penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun ), iaitu sezaman dengan dinosaur. Penyu Archelon yang bersaiz 6 meter (20 kaki) panjang ataupun penyu Cimochelys, berenang di laut silam seperti penyu masa kini. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka.
Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.



Rabu, Jun 24, 2015

19 Penyu Dibunuh

KUDAT 9 Mac - Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan yang paling tepat diberikan kepada ‘penyangak laut’ yang sanggup membunuh spesies terancam demi keuntungan sendiri. Terbaharu, dalam satu tindakan pemeriksaan sepasukan renjer Jabatan Hidupan Liar negeri dan Taman-Taman Sabah serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Marin, sebanyak 19 bangkai penyu hijau ditemukan di Pulau Tiga dekat sini. Bangkai spesies terancam itu ditemukan pada Khamis lalu, serupa dengan apa yang berlaku pada tahun lalu apabila 50 bangkai penyu ditemukan oleh seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) di pulau yang sama. Pegawai Hidupan Liar Pantai Barat, Jabatan Hidupan Liar negeri, Roland Niun berkata, pihaknya mengesyaki penyu-penyu itu untuk diseludup ke luar negara melalui jalan laut. “Namun cubaan itu gagal berikutan kekerapan rondaan oleh Maritim Malaysia dan Polis Marin. Pulau itu terletak di kedudukan strategik iaitu paling hampir dengan Filipina dan tidak didiami orang.“Apa yang menyedihkan adalah berdasarkan laporan, didapati orang awam mempunyai maklumat tentang kejadian itu (cubaan seludup) tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Roland memberitahu, kawasan penemuan bangkai penyu itu terletak di dalam kawasan cadangan penubuhan Taman Marin Tun Mustapha yang berkeluasan satu juta hektar dengan kekayaan flora dan fauna marin tertinggi di dunia. Ujarnya, spesies laut seperti penyu hijau yang juga dikenali penyu agar kebiasaannya menjadi ‘barang seludup’ khususnya untuk aktiviti menjual kulit dan dagingnya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar negeri, William Baya dalam satu kenyataannya memberitahu, apa yang berlaku merupakan satu tragedi khususnya apabila mengambil kira kes serupa telah berlaku di lokasi sama.Katanya, kawasan berkenaan terletak di dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) di bawah bidang kuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). “Bangkai-bangkai penyu itu te­lah dibawa ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk bedah siasat walaupun sebahagian besar daripada bangkai yang ditemukan telah reput.Di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Seksyen 1 Jadual 1, penyu hijau adalah spesies dilindungi sepenuhnya dan individu yang disabitkan memburu spesies penyu ini boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya,” ujarnya. . - Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang tersebut: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/19-penyu-hijau-dibunuh-1.67734#sthash.2iTXyS0l.dpuf

Faktor Kepupusan Penyu

Selain menyalahkan manusia sebagai antara punca kepupusan penyu, faktor alam sekitar atau pencemaran juga antara penyebabnya. Manusia menjadi ancaman utama kerana apabila mereka mengutip telur penyu, mereka akan kutip 100 peratus telur. Menurut Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Juanita Joseph, disebabkan ancaman semula jadi penyu adalah tinggi, maka sekiranya telur dikutip, peratus anak yang menjadi dewasa lebih rendah. “Dalam 1,000 anak penyu yang dilepaskan, mungkin seekor sahaja yang mencapai dewasa (matang). Penyu lambat matang, sebab banyak ancaman,'' ujar beliau. Katanya, selain manusia, pencemaran juga boleh membunuh penyu. Sebagai contoh katanya, masalah pembuangan sampah di laut menyebabkan penyu terperangkap dan cedera dan boleh membunuh. Selain itu, banyak penyu juga mati tersangkut dalam pukat nelayan. Pencemaran laut juga boleh mengurangkan rumpai laut dan karang. Sekiranya kawasan tersebut kurang sihat, maka penyu akan kebuluran. Bagaiamanapun Dr. Juanita memberi keyakinan, bagi memastikan penyu tidak pupus, SEATRU akan terus membuat pemuliharaan jangka masa panjang. Tegasnya, SEATRU tidak akan berhenti walaupun sampai bila-bila masa. “Pengasas SEATRU telah bersara dan bayangkan anak penyu yang mereka lepaskan pada tahun 1993, baru mula bertelur pada 2013. “Usaha memulihara perlu diteruskan sampai bila-bila. Oleh itu kami juga terpaksa bekerja keras mencari kewangan untuk teruskan projek pemuliharaan ini,''katanya lagi. Outreach program juga akan diteruskan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Kata beliau, meski pun kerajaan tidak meluluskan pengharaman penjualan telur penyu tetapi sekiranya orang ramai tahu mengenai kepentingan dan sayangkan haiwan tersebut, mungkin tidak perlu undang-undang berkaitan . Menurut Juanita, walaupun banyak telah dilakukan dalam program pemuliharaan tetapi masih banyak lagi perkara perlu diketahui mengenai biologi dan ancaman penyu. “Kami akan terus membuat kajian supaya dapat meningkat populasi penyu di Malaysia,''ujarnya. Sebagai contoh, penyelidikan yang terbaharu SEATRU dan yang pertama di rantau Asia Tenggara adalah untuk mencari di mana anak penyu semasa lost years mereka. Beliau mahu supaya SEATRU akan menjadi pusat rujukan penyu yang terulung di Asia Tenggara nanti. Malah pihaknya gembira dengan peningkatan jumlah sarang penyu pada tahun 2013 di Chagar Hutang. Ini merupakan petanda awal usaha yang dijalankan selama 20 tahun ini telah membawa hasil. SEATRU juga melatih saintis muda dalam bidang penyu sebagai persediaan untuk menyambung aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan penyu tersebut nanti. Ini kerana pemuliharaan penyu akan dijalankan sampai bila-bila masa. Bermula 1990an, program pemuliharaan penyu di negara ini sangat baik mengikut piawaian yang telah ditentukan. Sudah banyak kawasan diwartakan sebagai santuari. Masalah sekarang hanyalah tiada pengharaman penjualan telur penyu agar dan karah di Semenanjung Malaysia. Walaupun Sabah dan Sarawak mengharamkan penjualan telur penyu, tetapi aktiviti penyeludupan telah meningkat ekoran penjualan telur di Semenanjung tidak diharamkan. UMT memang menyeru dalam pengharaman telur penyu tersebut tapi sampai sekarang kerajaan belum lagi menyokong pengharaman ini. Bagaimanapun menurut Juanita, tidak semua program pemuliharaan penyu di Malaysia berjaya sebaliknya ada juga yang gagal Sebagai contoh, masalah dihadapi dalam program pemuliharaan penyu belimbing di Rantau Abang. Terengganu. Walaupun usaha pemuliharaan dijalankan pada tahun 1960an, tetapi pada tahun 2000 penyu belimbing telah berada diambang kepupusan. Sekiranya ada yang bertelur sekali pun, telur tidak menetas. Ada banyak sebab pemuliharaan penyu belimbing itu tidak berjaya. Antaranya: Pengeraman telur tidak dibuat 100 peratus. Hanya 10 peratus sahaja telur dieram manakala selebihnya dijual di pasar. Hanya pada tahun 1986, barulah penjualan telur penyu belimbing diharamkan. Suhu memainkan peranan dalam penghasilan jantina anak penyu. Semua telur dieram di pusat penetasan terbuka dan hasilkan 100 peratus betina. Tiada pengawalan penangkapan ikan pada masa itu. Banyak penyu belimbing mati tersangkut pada pukat. Penyu belimbing juga berhijrah agak jauh sehingga ke kawasan temperat. - LAUPA JUNUS Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20140303/st_04/Faktor-kepupusan-penyu#ixzz24307KMpe © Utusan Melayu (M) Bhd