Rabu, Jun 24, 2015
19 Penyu Dibunuh
KUDAT 9 Mac - Kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah perkataan yang paling tepat diberikan kepada ‘penyangak laut’ yang sanggup membunuh spesies terancam demi keuntungan sendiri.
Terbaharu, dalam satu tindakan pemeriksaan sepasukan renjer Jabatan Hidupan Liar negeri dan Taman-Taman Sabah serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Polis Marin, sebanyak 19 bangkai penyu hijau ditemukan di Pulau Tiga dekat sini.
Bangkai spesies terancam itu ditemukan pada Khamis lalu, serupa dengan apa yang berlaku pada tahun lalu apabila 50 bangkai penyu ditemukan oleh seorang pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) di pulau yang sama.
Pegawai Hidupan Liar Pantai Barat, Jabatan Hidupan Liar negeri, Roland Niun berkata, pihaknya mengesyaki penyu-penyu itu untuk diseludup ke luar negara melalui jalan laut.
“Namun cubaan itu gagal berikutan kekerapan rondaan oleh Maritim Malaysia dan Polis Marin. Pulau itu terletak di kedudukan strategik iaitu paling hampir dengan Filipina dan tidak didiami orang.“Apa yang menyedihkan adalah berdasarkan laporan, didapati orang awam mempunyai maklumat tentang kejadian itu (cubaan seludup) tetapi tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Roland memberitahu, kawasan penemuan bangkai penyu itu terletak di dalam kawasan cadangan penubuhan Taman Marin Tun Mustapha yang berkeluasan satu juta hektar dengan kekayaan flora dan fauna marin tertinggi di dunia.
Ujarnya, spesies laut seperti penyu hijau yang juga dikenali penyu agar kebiasaannya menjadi ‘barang seludup’ khususnya untuk aktiviti menjual kulit dan dagingnya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar negeri, William Baya dalam satu kenyataannya memberitahu, apa yang berlaku merupakan satu tragedi khususnya apabila mengambil kira kes serupa telah berlaku di lokasi sama.Katanya, kawasan berkenaan terletak di dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) di bawah bidang kuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
“Bangkai-bangkai penyu itu telah dibawa ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi untuk bedah siasat walaupun sebahagian besar daripada bangkai yang ditemukan telah reput.Di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Seksyen 1 Jadual 1, penyu hijau adalah spesies dilindungi sepenuhnya dan individu yang disabitkan memburu spesies penyu ini boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya,” ujarnya.
. - Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang tersebut: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/19-penyu-hijau-dibunuh-1.67734#sthash.2iTXyS0l.dpuf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan